Kisah Sebenar Punca Pergolakan Di Syria
PERISTIWA SYRIA
Syria
merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh
anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah
memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang
telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang
diperintah oleh diktator.
Hafez
Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan
dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan
menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum,
diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai,
mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh
Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus
darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84%
daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan
ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah
di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA
ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982
yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk
Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari
politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan
revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain
seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat
di Syria.
PUNCA
KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28
orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN
KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku
kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap
kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku
kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia
dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu,
mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2
kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah
kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu
peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang
pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2
diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah
dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka.
Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang
ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin
Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang
menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah
dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar
Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan
mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi
kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang
terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula
daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi
bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2
juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati
tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa
neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah
Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama
Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah
mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau
dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa
terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa
terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau
mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh
Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan
oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid
dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
1-Masa
depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh.
Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat.
Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan
melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh
rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2
Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria
lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria
memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian
sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian
kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta
pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh
Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang
terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1-
Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2,
kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya
yang berlaku di SYRIA..
2-Media2
barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya
yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh
Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan
seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang
menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang
menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang
berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya
berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa
Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan
terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual
Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi,
sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu
peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang
terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita
banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah
dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak
dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video
yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para
pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut
dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman
lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100
dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh
Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan
menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam
Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj
sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan
katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah
perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu
sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
Firman
Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang
lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada
manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan
misal-misal perbandingan.
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )
sekian.....ilhamkaza ayoub@Damanhur,Egypt
http://srikandiukm.blogspot.com
Terima kasih atas maklumat.
ReplyDelete