Sunday, July 22, 2012

antara Hikmah puasa


 
 
Pada bulan Ramadhan, salah satu aspek spiritual yang perlu ditarbiyah adalah melahirkan kesedaran dan tekad untuk sentiasa menjaga prioriti kewajiban di atas perkara sunnah. Bukan untuk membezakan dan meninggalkan yang sunnah, namun untuk membangun kecemerlangan dalam memahami syariah. Para fuqaha Islam telah menetapkan bahawa Allah SWT tidak akan menerima ibadah yang sunnah sampai ibadah yang fardhu telah dilaksanakan.

Dari kefahaman inilah kaedah fiqih prioriti tersusun bahawa, "Barangsiapa yang disibukkan dengan perkara fardhu sehingga dia tidak dapat mencari tambahan, maka dia dimaafkan. Dan barangsiapa yang disibukkan untuk mencari tambahan dengan mengabaikan perkara yang fardhu maka dia tertipu. Allah SWT telah mengisyaratkan agar keadilan benar-benar dilaksanakan, dan kemuliaan dilakukan dengan baik."


Berkaitan dengan perbandingan antara kewajiban dalam ibadat dan perkara-perkara mulia yang hukumnya sunnah, Imam al-Raghib membahasakannya dengan sangat kemas dan baik,


"Ketahuilah, sesungguhnya ibadah itu lebih luas daripada kemuliaan. Sesungguhnya setiap perbuatan yang mulia adalah ibadah, dan tidak setiap ibadah itu mulia. Di antara perbezaan antara kedua hal ini ialah bahawa ibadah mempunyai perkara-perkara fardhu yang telah diketahui, dan had-had yang telah ditetapkan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia dianggap melanggar batas. 
Sedangkan perbuatan yang mulia adalah sebaliknya. Manusia tidak akan sempurna kemuliaannya selama dia belum melakukan kewajiban-kewajiban dalam ibadahnya. Oleh itu, melaksanakan kewajiban dalam ibadah merupakan sesuatu yang adil, sedangkan melaksanakan kemuliaan merupakan sesuatu yang hukumnya sunnah. 
Perbuatan yang sunnah tidak akan diterima oleh Allah SWT daripada orang yang mengabaikan hal-hal yang wajib. Dan orang yang meninggalkan kewajiban tidak dianjurkan untuk mencari keutamaan dan kelebihan, kerana mencari kelebihan tidak dibenarkan kecuali selepas seseorang melakukan keadilan
 Sesungguhaya keadilan merupakan sesuatu yang wajib, dan keutamaan adalah tambahan atas yang wajib. Bagaimana mungkin ada tambahan terhadap sesuatu yang dia sendiri masih kurang. Maka benarlah ucapan, "Orang yang mengabaikan perkara-perkara yang utama tidak akan sampai kepada tujuan."
 ~Abu Ilkiya Ashajj
 

No comments:

Post a Comment