Friday, July 13, 2012

Ditakdirkan Untuk Menang




Walaupun dalam cuaca panas dan di dewan yang berpenghawa dingin asbab asma, pada jam 4:00 petang, lencun dengan peluh, orang ramai masih menunggu seseorang yang disifatkan oleh Kongres Amerika sebagai lebih berbahaya daripada Usama Bin Laden. Dewan Aiwan e Iqbal, Lahore tidak pernah sebegitu padat.

Dari Gilgit daerah paling utara, Rahim Yar Khan di tengah, Quetta di barat hinggalah ke Karachi di selatan; orang ramai berkumpul dari seluruh negara untuk menyertai persidangan Dinar / Dirham. Mereka semua mempunyai satu perkara untuk diikrarkan: Jika Allah dan Rasulullah (saw) mengisytiharkan perang menentang riba, maka kami mahu di pihak Allah dan Rasulullah (saw).

Walaupun suasana terik dan penuh peluh, kesabaran khalayak terus utuh. Mereka menunggu seseorang dari bandar itu; bandar di mana orang Islam telah dihalau oleh orang Kristian.

Bandar tersebut merupakan pusat budaya di Eropah, dan dari mana mula terbitnya sinar matahari yang menerangi tamadun dunia - Cordoba (Cordova, di selatan Sepanyol). Nama dewan Aiwan e Iqbal, sempena nama Iqbal, penyair sufi besar, dan orang yang ditunggu itu sedang berdiri hampir dengan pembesar suara di hadapan gambar Iqbal di dinding. Iqbal itulah yang memenjarakan dirinya dalam masjid Cordoba, hanya untuk solat 2 rak'aat.

Omar Ibrahim Vadilo berasal dari keluarga Kristian yang taat, dan yang telah dilatih untuk menjadi seorang paderi. Beliau menjadi muslim Eropah yang pertama di bandaraya Cordoba. Ketika beliau memeluk Islam,tiada masjid di Cordoba, tetapi kini terdapat 4 masjid yang tersergam.

Beliau adalah lelaki paling hadapan di kalangan tentera Allah, yang telah memulai misi membasmi wang kertas: asas 'riba' sedunia, dan membawa balik sistem dirham perak dan syiling emas semenjak zaman Rasulullah (saw) .

Berat dan saiz syiling tersebut telah dibuat sama seperti yang dipiawaikan oleh Hazrat Umar (ra).

Hadirin yang ramai berkumpul tidak sabar-sabar lagi untuk mendengar ucapan Omar Vadilo.

Selepas bermula dengan nama Allah, beliau berkata:

"Rahsia ini diketahui oleh seluruh dunia Barat iaitu Kapitalisme telah pun gagal, cuma menanti pengumuman rasmi. Sebahagian besar rakyat di AS dan Eropah menganggap wang kertas, Dolar dan Pound sebagai penipuan.
Bagaimanakah mungkin orang-orang Eropah lebih membenci wang kertas, sedangkan tidak sampai satu peratus pun orang-orang Islam merasa sedemikian. Pihak Barat telah menghambakan seluruh dunia untuk sekian lama. Setelah lelah dan bosan dengan mandi darah di merata-rata Eropah selepas Perang Dunia Kedua, mereka mula membebaskan negara-negara di bawah taklukan mereka.

Tetapi, kebebasan ini datang dengan tiga syarat:

Pertama, semua negara-negara ini wajib membuat perlembagaan masing-masing. Hari ini, semua perlembagaan negara-negara ini adalah hampir serupa.

Kedua, setiap negara mesti mempunyai bank pusat yang akan mengeluarkan mata wang berbentuk wang kertas. Malah pada hari ini wang kertas itu dianggap satu elemen kebebasan, yang menpamer nama negara dan gambar pengasasnya.

Ketiga, setiap negara akan mempunyai hutang negara. Rakyat tidak menyedari berkenaan hutang yang terpaksa mereka tanggung. Prinsip hutang adalah apabila seorang itu meminta hutang, tetapi dalam kes ini; hutang tersebut dipaksakan ke atas rakyat dan jumlahnya terus meningkat hari demi hari.

Setiap anak dilahirkan dengan hutang ini di bahu mereka. Amerika Syarikat sahaja mempunyai hutang negara sebanyak $ 1,5 bilion yang mereka tidak mampu membayar balik walaupun dalam empat abad yang akan datang. Kuantiti perdagangan seluruh dunia adalah $ 4 bilion. Kesemua hutang ini lahir daripada wang kertas.

Ini adalah sampah yang anda anggap sebagai kekayaan di dalam poket, tetapi anda tidak sedar bahawa kekayaan di poket anda sedang dirompak. Perompakan seterusnya adalah dengan mencetak wang kertas sebanyak-banyaknya pada kadar yang pantas, dan dalam sekelip mata kuasa beli 100 di wang kertas bertukar menjadi kuasa beli 50 di poket anda. Sebaliknya jika anda mempunyai Dinar di dalam poket, tiada siapa yang boleh mencuri kuasa beli dan tiada siapa dapat meremehkannya, ia tidak boleh dibuat semakin tidak bernilai dengan percetakan lebih banyak wang kertas.

Sepanjang pemerintahan tahun 1400 umat Islam, selagi kita mengikuti ajaran Rasulullah (saw), tiada inflasi mahu pun pengangguran. Pada zaman Rasulullah (saw), anda boleh menukar seekor ayam dengan 1 dirham; dengan kata lain, seekor ayam berharga 1 dirham. Dalam Islam, pasar adalah sebuah institusi yang bebas dan dihormati.

Tiada siapa boleh memonopoli pasar. Tidak ada pasaraya atau bursa saham. Tiada siapa yang menuntut bahawa hanya nota kertas tertentu untuk membeli sesuatu. Anda boleh membayar dalam pelbagai cara.

Dalam Islam, negara bertanggungjawab untuk menempa Dirham dan Dinar, tetapi ia tidak boleh memaksa orang ramai untuk menggunakannya sebagai alat pembayaran. Dan pada asas kebebasan ini, perdagangan dibina dan pengangguran dibasmi. Dalam sistem ini, sebuah kedai tunggal atau sebuah pusat membeli-belah tidak boleh mengambil keuntungan daripada ribuan kedai-kedai.

Dalam sistem ini, inflasi tidak wujud dan dengan itu tidak perlu sebarang polisi anti-inflasi setiap hari. Tiada inflasi atau janji untuk mengurangkan inflasi dalam sistem ini. Sepanyol adalah negara saya, lebih kaya daripada Pakistan, seperti Pakistan ia juga mempunyai dua puluh peratus kadar pengangguran. Ini tidak pernah terjadi semasa seribu tiga ratus tahun pada zaman khalifah Islam. Umat Islam adalah penting untuk Barat.

Jika kita tidak menjual minyak untuk nota kertas sampah ini, dan sebaliknya kita meminta dinar emas, maka 'pembangunan' Barat akan runtuh. Ini tidak boleh dilakukan melalui kerajaan, mereka tidak akan membenarkan ia terjadi.

Saya telah bertemu Perdana Menteri Turki Najmuddin Erbakan, beliau bersedia untuk itu, dan kerajaan pimpinan beliau telah dijatuhkan. Ghaddafi telah mempromosikan misi ini, dan beliau dibunuh tanpa belas kasihan.

Anda boleh melakukan ini. Kita akan membuat Dirham dan Dinar. Anda perlu mulai menyimpan dalam Dinar dan Dirham.

Keluarkan wang anda dari bank yang bergelumang riba. Kita akan meletakkan Dinar dan Dirham di kaunter-kaunter kedai dan menjualnya merata seperti kad-kad telefon. Kami telah melakukan ini di negeri Kelantan, Malaysia. Hari ini, perdagangan dinar adalah sekitar $ 10 million setiap hari.

Kita akan meminta pekedai untuk meletakkan tanda-tanda "Kami Terima Dinar & Dirham" sama seperti mereka mempamerkan tanda-tanda “Kami Terima Kad Kredit".

Anda perlu beralih dari kekayaan plastik ke Emas dan Perak, iaitu kekayaan sebenar. Bandar Lahore dan Pakistan adalah tempat harapan saya.

Mentor saya dan ramai alim telah memberi petanda baik tentang perkara ini.

Ingatlah selalu, Allah tidak pernah mengisytiharkan perang ke atas Zina atau Minum Arak, atau atas pendusta atau pencuri. Tetapi, ke atas riba dan pembrokeran, Allah dan Rasulnya (saw) telah secara terbuka mengisytiharkan perang. Perang ke atas apa yang diisytiharkan oleh Allah pasti akan menjadikan kita sebagai pemenang. Ini adalah takdir kita dan tiada siapa boleh menghalangnya."

..
oleh Orya Maqbool.
...........
Ini adalah artikel Orya Maqbool di mana beliau menterjemahkan ucapan saya (Shaykh Umar Vadillo) pada 8 Julai 2012 di Lahore.

http://www.express.com.pk/epaper/PoPupwindow.aspx?newsID=1101568314&Issue=NP_LHE&Date=20120711

Diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh Faisal Khalid & diterjemah pula ke Bahasa Melayu oleh Mazli Alias.

No comments:

Post a Comment