Di akhir-akhir tahun 90an saya diberi kesempatan oleh Allah mempelajari
kitab usul Hadith karangan Ibnu Hajar Asqalani dan muqaddimah Abdul Haq
Dehlawi di Darul Uloom. Dengan sebab itu saya mula mengetahui
kitab-kitab usul hadith yang lain. Banyak sumbernya. Ada yang melalui
pengajaran guru. Ada yang melalui bacaan sendiri. Ada yang melalui
pemberitahuan kawan-kawan. Ada yang melalui sumber percetakan. Antara
sumber informasi yang saya perolehi tentang cetakan kitab terbaru di
India ialah melalui majalah mereka berbahasa Arab Ba`th Islami dan Sautul Ummah. Majalah Sautul Ummah
tahun 1997 yang sampai kepada saya telah mengiklankan ttg penerbitan
sebuah kitab Usul Hadith yang besar karangan anak murid Ibnu Hajar
Asqalani iaitu Allamah Sakhawi. Namanya Fathul Mughith. Ia
dicetak oleh percetakan Ahli Hadith (Salafiyah) di Varanasi. Varanasi
terletak jauh dari Deoband. Satu-satu cara untuk mendapatkan kitab itu
ialah melalui pos. Saya sangat berkeinginan untuk memilki kitab
tersebut. Ia tiada di Deoband. Disebabkan masalah yg tidak dapat
dielakkan saya tidak dapat membeli kitab itu sehinggalah saya pulang ke
tanahair tanpanya.
Namun hati saya sentiasa mengingati kitab Fathul Mughith. Suatu
hari saya akan memilkinya. Itulah bisikan hati kecil saya. Setelah
hampir 9 tahun meninggalkan India tiba-tiba saya didekati oleh seorang
pencita ilmu yang hanya dikenali sebagai Puan Syarifah. Kata beliau,
"Saya nak ke Kuwait, Ustaz. Ustaz nak kirim apa-apa kitab tak?". Saya
keberatan untuk mengirim maklumlah nanti menyusahkan beliau pula.
Lagipun Kuwait bukan tempat kitab, tentu sukar mencarinya. Tetapi
melihatkan beliau begitu bersungguh hendak mencari kitab, saya katakan "Fathul Mughith oleh Sakhawi".
Selang beberapa minggu beliau pergi, saya menerima talipon mengatakan
bahawa beliau sudah pulang dan membawa kitab tersebut. Kata beliau kitab
itu 4 jilid. Amat sukar menemuinya di Kuwait. Kami berjanji bertemu di
UM untuk menyerahkan kitab tersebut. Saya bertanyakan harganya tetapi
Puan Syarifah mengatakan ianya hadiah utk Ustaz. Dua kegembiraan saya
perolehi. Pertama kerana dapat memegang kitab tersebut setelah 16 tahun
mengimpikannya. Kedua kerana ia sebagai hadiah yang tidak
disangka-sangkakan.
Setelah membelek heliannya saya mendapati bahawa naskah tersebut adalah naskah tahkik ulama Varanasi India yang sama seperti yang saya impikan dahulu. Subhanallah, Alhamdulillah!!!!. Ia termasuk dua naskah yang paling bagus daripada 7 naskah yang dikenalpasti. Naskah Varanasi dikatakan naskah pertama yang ditahkikan secara cermat. Mereka memulakannya lebih awal daripada ulama Arab. Pada tahun 80an naskah Varanasi sudah berada dalam pasaran India. Idea ini dicetuskan oleh bekas-bekas penuntut Madrasah Salafiyah Varanasi yang melanjutkan pelajaran mereka di Saudi. Merekalah yang mendapatkan manuskrip lama untuk dihantar ke India. Manakala manuskrip India waktu itu telahpun ditahkik oleh Maulana Habiburahman `Azami tetapi tidak lengkap. Itulah uniknya India. Mereka bergelut dengan ilmu. Mereka tidak sekadar belajar dan mengajar tetapi juga melakukan penyelidikan walaupun dengan kemudahan yang terhad.Bagaimana pula dengan ulama kita?

No comments:
Post a Comment